Featured Post

Agensi Penempatan Pelajar Perubatan ke Mesir

Agensi Penempatan Pelajar Perubatan ke Mesir

Tuesday, January 17, 2012

UmmiMM tangguh ke Mesir minggu hadapan.

Asslamulaikum wbth,

1. Untuk makluman semua, trip Ummi yg sepatutnya minggu ni terpaksa di tangguh ke Selasa depan. Hasrat asalnya, ke Mesir utk urusan biasa sahaja...tetapi, 'trip' kali ini inshaAllah, akan lebih bermakna kerana Setiausaha Sulit Kanan PM, Dato Shahlan Ismail serta team dari KPT yg diketuai oleh Dato' Dr Rujhan akan bersama di Mesir minggu hadapan.

2. InshaAllah, doakan yang terbaik untuk masa depan anak2 di Mesir. Satu perjumpaan dengan semua pelajar telah ditetapkan pada 27hb Januari di Kaherah. MedicMesir diarahkan juga menghantar wakil. Ummi akan update semula selepas meeting mengenai hal yg sama esok. InshaAllah.

3. Kepada pelajar-pelajar yang ada isu untuk diketengahkan, sila inbox Ummi dengan kadar segera. InshaAllah, lawatan dari pegawai-pegawai dari badan-badan penting ini akan membuahkan hasil yang TERBAIK untuk semua. Ameen.

Shukran

Salam,

ummiMM

GERAN 1MDB - JAKIM


Permohonan Bagi Mendapatkan Dana Pengajian /Geran Tahunan 1MDB –JAKIM

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar lulusan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), iaitu sekolah-sekolah di bawah Agensi/Jabatan Agama Islam Negeri yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda @ Bidang Profesional, bagi mendapatkan pembiayaan geran tahunan 1MDB-JAKIM tahun 2011.



Permohonan Bagi Mendapatkan Dana Pengajian /Geran Tahunan 1MDB –JAKIM Melalui Sistem On-Line Jakim Akan Dibuka Pada Hari Selasa, 17 Januari 2012.
Harap Maklum

Sumber : JAKIM 1MDB

Monday, January 16, 2012

Makanan PERCUMA Sempena Imtihan Utk Anak2 Alexandria !


Assalamualaikum wbth,

1. Semoga semua anak2 MedicMesir di Alexandria didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan untuk berhadapan dengan musim sejuk dan imtihan.

2. Alhamdulillah, imtihan mid year (musim sejuk) ini, MedicMesir berhajat untuk menyediakan makan tghri dan malam bermula dari beberapa sebelum imtihan bermula sehingga malam terakhir sebelum imtihan tamat. Hebahan mengenai tarikh bermula akan disampaikan kelak, ini adalah kerana waktu bermula exam bagi pergigian dan perubatan yang berlainan serta tarikh yang lain bagi setiap tahun.

3. Buat masa ini, pembekalan adalah dari Cafe KSP MARA. Semua makanan akan dihantar oleh Cafe tersebut kerumah-rumah. Ini InshaAllah, mampu menjimatkan masa anak2 MM terutama saat-saat akhir menghampiri Imtihan. Semoga dimanfaatkan sebaiknya.

3. Untuk tujuan penyelarasan, mohon semua yang berminat untuk mendapatkan sumbangan makan percuma ini menulis (Nama Penuh - HP number - Program - Tahun ) , di www.facebook.com/MedicMesir. Sila pastikan semua nama didaftarkan mengunakan ID sendiri.

4. Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 18hb Januari, jam 5 ptg waktu Mesir. Tambahan nama selepas tarikh tersebut TIDAK DIBENARKAN. Senarai penuh akan dikeluarkan sebaik sahaja ianya ditutup. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan yang benar-benar berminat sahaja ditempah.

5. Doa agar semua urusan dipermudahkan dan semoga diberikan kejayaan oleh Allah swt dunia dan akhirat .

Salam Sayang,
UmmiMM

Sunday, January 15, 2012

TANTA UNIVERSITY ~ YURAN dan MAKAN TENGAHARI SUMBANGAN TANTA UNIVERSITY 2012



Assalamualaikum wbth,

Merujuk kepada link terdahulu mengenai perkara diatas (Sila klik link dibawah)

Alhamdulillah, pihak Universiti telah membenarkan rayuan MedicMesir. Oleh itu bersama ini, adalah senarai nama-nama yang telah membayar yuran, yang masih menunggu yuran melalui KWSP dan pelajar-pelajar Tajaan MARA. Semua pelajar ini, telah dibenarkan untuk mengambil KOPUN MAKANAN hari ini dan mula mendapat makan tengahari bermula esok. Sila klik link dibawah

Sila ambil maklum, pelajar diatas adalah mereka yang menjelaskan yuran sebelum 11hb Januari melalui MedicMesir. Inshallah akan ada senarai baru bagi mereka yang baru membayar yuran atau baru menghantar bank deraf kepada MedicMesir.

Jika anda telah menghantar deraf dan bayaran dalam bentuk RM kepada MedicMesir setakat 16hb Jan, tetapi nama TIADA didalam link diatas. Sila nyatakan didalam BORANG YURAN DAN MAKAN 2/2012. (klik borang ini)

Semoga dipermudahkan segala urusan ....dan Selamat 'Makan' dan Belajar!!...

Salam,
UmmiMM

Makan Sempena Imtihan Mansoura Jan 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, bermula hari ni, MedicMesir akan menyediakan makan tengahari dan malam PERCUMA pada semua pelajar yang telah mendafatar nama masing-masing di www.facebook.com/MedicMesir.

2. Sila ambil maklum, makanan tghri boleh diambil jam 1 tghri dan makan malam bermula 8 malam. Untuk penjimatan masa, sempena imtihan ini agar wakil sahaja yang mengambil makanan mengikut rumah. Ini menjimatkan masa disaat berhadapan imtihan dan lebih memudahkan urusan di Cafe Yayasan Trengganu.

3. Sila ambil maklum juga, mana-mana makanan yang tidak diambil pada pukul 2 tghri dan 9 malam akan automatis luput dan akan disedekahkan kepada pelajar-pelajar lain. Ini bagi mempastikan makanan tidak membazir. Mana-mana pelajar yang tidak mengambil makanan 3 kali berturut-turut akan di'delete' dari senarai.

4. Jika terdapat permasalahan atau komen tambahan terutamanya dari segi kualiti makanan amatlah diharga dan sila berhubung via FB 'inbox'. Ini untuk memastikan pihak pembekal tidak mengambil ringan atas tempahan yang banyak. Semoag semuanya berjalan lancar.

5. Semoga dengan kemudahan ini, semua anak2 MM akan diberi kelapangan mengulangkaji dan memberi perhatian lebih kepada persediaan menghadapi Imtihan. Semoga semuan anak2 MM juga akan mencapai kecemerlangan dalam imtihan yang mendatang.

Salam Sayang,
UmmiMM

Thursday, January 12, 2012

TAKLIMAT MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth,

1. TARIKH TAKLIMAT INTAKE 2012 TERKINI !
Sukacita dimaklumkan bahawa, MedicMesir akan mengadakan taklimat di Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan, UPM Serdang pada 2 tarikh terdekat iaitu:-)

1. Sabtu, 14hb Januari 2012
2. Sabtu, 28hb Januari 2012

2. DAFTAR UNTUK DAPATKAN ALERT MENGENAI TAKLIMAT
Senarai penuh taklimat diseluruh negeri akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Pelajar lepasan SPM dan Matrikulasi yang berminat, sila isi MAKLUMAN KEHADIRAN TAKLIMAT si link ini. Ini bagi memastikan anda sentiasa 'Up to date' dengan makluman terkini dari MedicMesir.

3. JIKA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PENGESAHAN TEMPAT DI UNIVERSITI. DAFTAR BORANG PERMOHONANONLINE (TAK PERLU BAYAR APA-APA)
Bagi yang berminat untuk memohon. Sila ikut tatacara ini:-)
2. EMAIL SLIP SPM (atau SLIP PERCUBAAN UTK SPM 2011) serta SIJIL LAHIR ke medicmesir@gamil.com
3. BAGI PEMOHON YANG TELAH MENDAFTAR , ANDA AKAN MENDAPAT PENGESAHAN TAWARAN BERMULA 17hb Januari 2012

4. DEPOSIT RENDAH.
HAnya perlu membayar Deposit RM500 apabila sudah SAH KELAYAKAN DAN TEMPAT DIUNIVERSITI

Segala pertanyaan berhubung dengan pengambilan pelajar baru sesi 2012, sila berhubung dengan Puan Sharifah 03 89459030 atau 019 6206167 (pada waktu pejabat) atau Puan Siti Haniza (Ummi MedicMesir) di talian 0192306167.

TerimaKasih atas minat anda terhadap MedicMesir. Warwarkan kepada yang BERMINAT.

Salam,
UmmiMM