Featured Post
Agensi Penempatan Pelajar Perubatan ke Mesir
Agensi Penempatan Pelajar Perubatan ke Mesir
Tuesday, January 17, 2012
UmmiMM tangguh ke Mesir minggu hadapan.
1. Untuk makluman semua, trip Ummi yg sepatutnya minggu ni terpaksa di tangguh ke Selasa depan. Hasrat asalnya, ke Mesir utk urusan biasa sahaja...tetapi, 'trip' kali ini inshaAllah, akan lebih bermakna kerana Setiausaha Sulit Kanan PM, Dato Shahlan Ismail serta team dari KPT yg diketuai oleh Dato' Dr Rujhan akan bersama di Mesir minggu hadapan.
2. InshaAllah, doakan yang terbaik untuk masa depan anak2 di Mesir. Satu perjumpaan dengan semua pelajar telah ditetapkan pada 27hb Januari di Kaherah. MedicMesir diarahkan juga menghantar wakil. Ummi akan update semula selepas meeting mengenai hal yg sama esok. InshaAllah.
3. Kepada pelajar-pelajar yang ada isu untuk diketengahkan, sila inbox Ummi dengan kadar segera. InshaAllah, lawatan dari pegawai-pegawai dari badan-badan penting ini akan membuahkan hasil yang TERBAIK untuk semua. Ameen.
Shukran
Salam,
ummiMM
GERAN 1MDB - JAKIM

Permohonan Bagi Mendapatkan Dana Pengajian /Geran Tahunan 1MDB –JAKIM
Permohonan Bagi Mendapatkan Dana Pengajian /Geran Tahunan 1MDB –JAKIM Melalui Sistem On-Line Jakim Akan Dibuka Pada Hari Selasa, 17 Januari 2012.
Monday, January 16, 2012
Makanan PERCUMA Sempena Imtihan Utk Anak2 Alexandria !

3. Buat masa ini, pembekalan adalah dari Cafe KSP MARA. Semua makanan akan dihantar oleh Cafe tersebut kerumah-rumah. Ini InshaAllah, mampu menjimatkan masa anak2 MM terutama saat-saat akhir menghampiri Imtihan. Semoga dimanfaatkan sebaiknya.
Sunday, January 15, 2012
TANTA UNIVERSITY ~ YURAN dan MAKAN TENGAHARI SUMBANGAN TANTA UNIVERSITY 2012

Makan Sempena Imtihan Mansoura Jan 2012
Assalamualaikum wbth,Thursday, January 12, 2012
TAKLIMAT MEDICMESIR 2012
Assalamualaikum wbth,SESI PENGAMBILAN 2012 - TERIMAKASIH SEMUA !
Makanan PERCUMA Sempena Imtihan Utk Anak2 Mansoura 2012 !

Sunday, January 8, 2012
BITAWFIQ wa NAJJAH FiImtihan MANSOURIAN !!
Assalamualaikum wbth....BITAWFIQ wa NAJJAH FIimtihan ALAZHARIAN !!
Assalamualaikum wbth,PEMBAYARAN YURAN TANTA MEDIC DAN MAKAN TENGAHARI SUMBANGAN UNIVERSITI

Saturday, January 7, 2012
Mansoura University ~ Holiday 2012

Thursday, January 5, 2012
PERMOHONAN PINJAMAN YURAN LUAR NEGARA JPA 2012 DAN KAJI SELIDIK AWAL STATUS TAJAAN
BAYARAN YURAN MELALUI TELEGRAPHIC TRANSFER (TT) - FAKULTI PERGIGIAN, UNIVERSITI ALEXANDRIA

Assalamualaikum wbth,
1. Merujuk kepada tatacara kaedah membayar yuran terdahulu.
2. Sila ambil maklum Fakulti Pergigian, Universiti Alexandria membenarkan kaedah TT terus ke akaun Universiti. Kaedah ini disahkan selamat dan cepat dan dikenalpasti sebagai terbaik. Bagi yang berminat mengunakan kaedah TT sila guna maklumat dibawah. Khidmat TT boelh didapati di mana-mana bank. Bagaimanapun, bagi yang mahu menjelaskan yuran melalui MedicMesir masih dibenarkan.
3. Sesiapa yang mengunakan kaedah TT. Sila pastikan selepas TT dibuat, sila scan dan email TT ke dean@dent.alex.edu.eg dan cc ke medicmesir@gmail.com. Nyatakan didalam email NAMA PELAJAR. Segala pertanyaan sila berhubung dengan Cik Sharifah di talian 03 8945 9030.
Harap Maklum
Salam, UmmiMM
---------------------------------------------------------------
MAKLUMAT AKAUN
Recipient Name: Faculty of Dentistry, Alexandria University, EGYPT
Recipient Address: Champolion St, Azarita St, Alexandria, EGYPT
Tel: 002 03 48 69690 / Fax: 002 03 4868922
Email: dean@dent.alex.edu.eg
Swift bank code: ARAIEGCXXXX
Account number: 6003364021
Beneficiary's bank name: Central Bank of Egypt
Full address: 54 El Gamohria St., Cairo, Egypt
Swift bank code: CBEGEGCXXXX
Beneficiary account no: USD 4082190617
Tuesday, January 3, 2012
YURAN PENGAJIAN PROGRAM PERGIGIAN TANTA UNIVERSITY
PEMBAYARAN YURAN TAHUN 1 SESI 2011/2012
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,
Semoga kita semua didalam pemeliharaan Allah swt.
Seperti mana yang semua sedia maklum, MedicMesir menetapkan 15hb Januari 2012 sebagai tarikh akhir pembayaran yuran ke MedicMesir untuk pelajar Tahun 1. Jika anda memerlukan masa tangguhan, sila maklum secara bertulis ke medicmesir@gmail.com
YURAN BOLEH DIBAYAR DENGAN 3 CARA
Pilihan 1: Menyediakan sendiri bank deraf di mana-mana bank di Malaysia.
Pilihan 2: Mengunakan perkhidmatan MedicMesir didalam penyediaan bank deraf.
Pilihan 3: Melalui KWSP
TATACARA PILIHAN PERTAMA
| UNIVERSITI | JURUSAN | JUMLAH | PENERIMA CEK |
| TANTA | PERUBATAN | 2000USD / RM6400 | FACULTY OF MEDICINE, TANTA UNIVERSITY |
| MANSOURA | PERUBATAN | FACULTY OF MEDICINE , MANSOURA UNIVERSITY | |
| ALEXANDRIA | PERUBATAN | 8000USD / RM25600 | FACULTY OF MEDICINE, ALEXANDRIA UNIVERSITY (Dibenarkan membayar selewat-lewatnya 1hb May 2012) |
| | PERGIGIAN | FACULTY OF DENTISTRY, ALEXANDRIA UNIVERSITY (untuk Pergigian anda ada pilihan untuk bank in terus ke akaun Universiti) Makluman akan dihantar kepada semua pelajar mengenai nombor akaun. | |
| ALAZHAR | PERUBATAN / PERGIGIAN | 2000USD / RM6400 | PRESIDENT AL, AZHAR UNIVERSITY |
| ZAGAZIG | FARMASI | 2500USD/ RM8000 | PRESIDENT ZAGAZIG UNIVERSITY |
Sila pastikan anda menulis di belakang cek
1. NAMA PELAJAR 2. JURUSAN 3. UNIVERSITI 4. NO HP PELAJAR DI MESIR
Sila serahkan melalui serahan tangan atau POS LAJU.
Tolong nyatakan di sampul POS LAJU NO HP untuk MedicMesir sahkan penerimaan.
-----------------------------------------------------------------------------------------
TATACARA PILIHAN KEDUA
MedicMesir juga menyediakan perkhidmatan menyediakan deraf bagi pihak pelajar. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
2. Setelah bank in sila fax slip bayaran . Nyatakan nama dan universiti serta no HP ibubapa untuk pihak kami menelfon setelah menerima fax tersebut.
3. Pengesahan bayaran ke universiti akan dihantar melalui email.
-----------------------------------------------------------------------------------------
TATACARA PILIHAN KETIGA
Pelajar yang membayar melalui KWSP akan dibenarkan untuk membayar lewat sedikit . Ini ekoran surat dari univeristi yang diterima lewat. Bagaimanapun pastikan anda mengisi nama didalam POSTING MENGENAI KWSP yang terdahulu.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Ain di talian 03 8945 9030 atau melalui email di medicmesir@gmail.com
Salam,
UmmiMM
Sunday, January 1, 2012
Alhamdulillah ~ Syukran Semua ~ Selamat Tahun Baru 2012

Alhamdulillah....Alhamdulilllah....Alhamdulilllah
Syukor kehadrat Allah swt atas kesempatan untuk sama-sama kita melangkah ke Tahun Masihi 2012. Kita juga baru melangkah ke Tahun Hijrah 1433H. Ini satu nikmat dari Allah swt berikan kepada kita untuk kita terus hidup dalam limpahan rahmatNYA untuk menjadikan kita INSAN yang berjaya di dunia dan akhirat.
MedicMesir mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan TERIMAKASIH tidak terhingga kepada semua yang telah memberi sokongan dan kejayaan kepada MedicMesir sehingga ke hari ini. Tanpa sokongan semua, khasnya anak-anak MedicMesir serta ibubapa, dan umumnya, warga kakitangan Malaysia diMesir dan keseluruhan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.
Doa kami agar tahun 2012 adalah tahun yang penuh dengan kejayaan demi kejayaan sehingga mejadikan kita insan terbaik disisi Allah swt.
Kami juga berdoa agar semua pelajar-pelajar MedicMesir diberi laluan mudah oleh Allah swt untuk bergelar Doktor dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan Ummah didalam bidang perubatan. Doa kami juga agar ibubapa semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk sama-sama menyaksikan kejayaan anak-anak ini nanti. Allahu Yussahhil. Biiznillah :-)
SELAMAT TAHUN BARU 2012 !
Salam Sayang, UmmiMM dan semua warga MedicMesir



